Wednesday, 13 November 2013

Masak lemak pucuk peria ikan sardin tin

Masak lemak pucuk peria ikan sardin tin

Menu ikan sardin tin campur pucuk peria kambas ni mak mertua saya yang masak masa raya haji yang lepas . Menu istimewa untuk makan tengahari masa raya Haji yang lepas , riuh rendah rumah mertua saya sebab raya Haji kali ni ramai adik beradik suami saya balik kampung termasuk la kami sekeluarga .Selalunya ikan sardin tin mak mertua saya buat sambal tumis tapi kali ni mak mertua saya masak lemak kuning campur dengan daun peria kambas . Alhamdulillah sangat-sangats edap ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 tin besar ikan sardin 
4 santan - kalau tak cukup tambah sikit lagi
3 cm kunyit hidup
8 biji cili api
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping - saiz kecil
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :


Bersihkan daun peria kambas , tumbuk sampai kumat cili api dengan kunyit hidup kemudian titik serai . . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua pucuk daun peria dan garam serta asam keping .  Jika kuah dah cukup masam tak perlu ditambah asam keping . Masukkan semua isi ikan sardin tin dan 1-2 sudu kuah sardin tin ni . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah mendidih dan pucuk peria dah masak boleh la ditutup api dapur .

Latih Tingkah Laku Positif dan Adab Yang Baik Sejak Kecil

Manner in Islam

Latih Tingkah Laku Positif dan Adab Yang Baik Sejak Kecil

Orang Malaysia terutama orang Melayu antara bangsa yang sangat mementing adab sopan di dalam pergaulan.Hinggakan adanya pepatah mengatakan, “biar mati anak jangan mati adat”. Begitu kuat sekali pegangan orang-orang tua dahulu kala.
Semakin moden dunia hari ini, perkara yang semakin jelas terhakis ialah adab sopan ataugood manners anak-anak muda terhadap orang tua sekeliling. Di sekolah jika ditegur oleh guru, kereta guru itu akan ditoreh atau dipancitkan. Sedih bila dikenangkan zaman kita dahulu dan anak masa kini yang dunia serba maju, tapi mundur dari segi adab dan tingkahlaku baik ini.
Aktiviti kelas Excel Qhalif yang sangat menekankan nilai-nilai ini
Line up to get craft from teacherUntuk para ibubapa yang menyertai kelasExcel Qhalif Playgroup, saya harap teruskan praktis aktiviti melatih tingkahlaku positif / good manners yang setiap minggu kita latih mereka di dalam kelas untuk dipraktikkan di rumah juga seperti di bawah ini :
# Lepas main toys, minta anak kemas semula toys seperti di dalam kelas ; simpan crayon balik dalam kotak simpanan dan sebagainya
# Pandang sekeliling, ada sampah lepas main gumpal kertas yang sudah tidak digunakan dan direct mereka untuk buang ke dalam tong sampah.
Gunakan signal lagu CLEAN UP song seperti yang di ajar di dalam kelas.
# Kongsi mainan bersama adik-adik atau orang lain seperti sepupu, kawan dan jiran.
# Selalu salam dan cium tangan dengan uncle & auntie / grandparents apabila jumpa.
# Selalu ingatkan anak untuk ucap thank you/ terima kasih kepada ibubapa selepas dapat apa yang diminta walaupun hanya membuat susu botol sahaja.
# Jangan skip makan bersama terutama waktu makan malam. Dan biasakan solat berjemaah bersama. Belikan telekung yang comel untuk menarik minat anak.
InshaAllah, mereka akan membesar menjadi seorang yang berdisplin dan mengikut peraturan.Pattern pemikiran yang positif ini akan kekal hingga mereka dewasa.
*Juga boleh dipraktikkan oleh semua ibubapa diluar sana ya.

Resepi Udang Masak Halia

Resepi Udang Masak Halia


 Kali ini saya ingin berkongsi resepi Udang Masak Halia yang resepi asalnya adalah dari suami. Biasanya resepi masak halia digunakan bersama ayam, tetapi kali ini ia dimasak menggunakan udang. Bila sudah ada ruang dapur yang baru, kami (saya, suami dan anak-anak) memang seronok dapat memasak bersama-sama. 

Resepi Udang Masak Halia
oleh : ciklaili.com
(Resepi untuk 4-5 orang)


Bahan-bahan
Udang saiz sederhana (dibuang kulit)
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2cm halia (dipotong kecil)
4 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Garam dan gula
Minyak

Cara memasak
- Goreng udang sederhana masak.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang yang telah digoreng.
- Masukkan sos tiram dan sos cili.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap. Selamat mencuba.


Sumber http://www.ciklaili.com/2013/07/resepi-udang-masak-halia.html#ixzz2kaPK536W
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

TIP: Bermain Itu TERAPI Yang Berkesan Buat Anak

ads-EQ-3

Bermain adalah dunia buat seorang kanak-kanak. Mereka boleh bermain siang dan malam tanpa kenal erti penat. Namun, tahukah kita bahawa melalui bermain anak-anak sebenarnya sedang ‘belajar’ ?

Di rumah kita selalunya membeli  mainan dan biarkan mereka bermain sendiri. Rakan sosial mereka hanya kita dan adik-beradik yang lain. Tidak salahnya disitu. Tetapi…“Life begins at the end of your comfort zone”

Rumah merupakan tempat yang paling selesa buat sebuah keluarga terutama seorang anak. Jika di rumah semua perkara mereka lakukan, langsung tidak malu dan segan. Tetapi, adakah mereka bertingkahlaku yang sama jika di luar rumah? Kanak-kanak perlu diberi ruang dan peluang untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak. Sesetengah  ibubapa pula sangat teruja untuk menjadikan anak mereka seorang yang genius. Tidak cukup dengan menghantar ke tadika, kemudian memberi pelbagai CD/DVD pembelajaran pula untuk  mereka. Tidaklah ianya salah, tetapi ia terlalu cenderung  kepada perkembangan IQ. Pada usia ini, perkembangan EQ mereka juga perlu dititik beratkan. Seimbang. Fikirkan sejenak,

  • Bagaimana interaksi sosial mereka? Adakah ramah? Pemalu atau Bertolak ansur?
  • Bagaimana pula dengan perkembangan otot mereka? Adakah sihat?
Mengikut kajian, bermain merupakan salah satu terapi buat seorang kanak-kanak. Lebih penting sekiranya anak itu memerlukan pendidikan khas atau ‘special needs’. Bagaimana bermain membolehkan anak kita belajar ?
  1. Melatih kemahiran berbahasa dan komunikasi anak melalui interaksi sosial bersama rakan mereka.
  2. Latihan otot dan fizikal secara tak langsung banyak digunakan sewaktu bermain yang membantu kepada pertumbuhan sihat mereka.
  3. Emosi-Bermain mampu mengurangkan tekanan mereka. Anak kecil juga mempunyai tekanan mereka sendiri yang ibubapa juga sukar ketahui. Jadi, melalui bermain tekanan mereka secara semulajadi akan berkurangan. Anak ceria kita juga bahagia.
  4. Potensi dan keyakinan diri mereka lebih mudah dirangsang. Anak yang selalu diberi ruang untuk tonjolkan kebolehan diri mereka akan membesar menjadi anak yang berani dan bersemangat.
Sekiranya mereka sudah berumur 4 tahun ke atas adalah baik jika kita membawa mereka ke taman permainan atau ke kelas berenang di hujung minggu.  Bermain di luar rumah setiap petang juga adalah pilihan yang baik. Cuma pastikan ia mengikut jadual yang terancang serta dalam pemantauan anda. Aktiviti ini jauh lebih baik darpadai mereka mengadap gajet-gajet seperti tablet dan iPad.
Bagi anak-anak yang antara 20 bulan ke 4 tahun pula, kelas seperti playgroup mampu menjadi medium pembelajaran alternatif anak anda. Disini, emosi, otot, deria, IQ dan EQ mereka dirangsang melalui kaedah games, active play, muzik dan sebagainya. Sememangnya inilah yang diperlukan oleh kanak-kanak pada usia begini.
Bermula daripada alatan permainan yang dikhaskan buat mereka dan cara penggunaan yang tertumpu sehinggalah rangsangan intelektual dan emosi anak.
Pastinya kita bukan sahaja mahukan anak yang pandai malah juga bijak dan sihat dari segi emosi dan fizikal.

Doa Memohon Kelapangan

Doa keluarga bahagia



رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-Furqaan : 74)

4 Teknik Agar Kita Bercakap dan Anak Mendengar Arahan

listening pic

Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.

Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.

parent-talking-to-child1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak

Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.
blog-post2) Elakkan salah faham 
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.
Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.
3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.
j0422333-1024x6794) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi.
Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.
Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.
focus
Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba.
Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.
Hubungkait Fokus dan Stimulasi Deria Anak
Kebanyakkan pelajar yang baru sertai kelas Excel Qhalif Playgroup, hampir 70% mereka masih tidak pandai untuk fokus atau ‘pay attention’ . Ada yang mengambil masa hampir 2 bulan untuk dibentuk fokus mereka, namun ada juga hanya mengambil masa dalam 2-3 minggu kelas sahaja.
Setiap anak mempunyai daya keupayaan tumpu yang berlainan. Ianya bergantung kepada kadar stimulasi atau rangsangan yang kita berikan kepada mereka sejak kecil. Kerana itu, di dalam program playgroup ini kami wujudkan untuk memberi seoptimum mungkin kadar stimulasi kepada setiap anak walaupun dalam umur yang berlainan (2 tahun hingga 4 tahun) untuk mendapat semua rangsangan kelima-lima deria penting mereka.
Kekurangan rangsangan terhadap salah satu deria mereka sejak kecil akan menimbulkan gangguan perkembangan IQ dan EQ anak ketika mereka bersedia untuk dihantar ke tadika di usia 4 atau 5 tahun. Antaranya adalah gangguan daripada pertuturan yang masih pelat, kemahiran motor halus (jari-jemari dan tangan) yang lemah, kelemahan dalam kemahiran mendengar (listening skills) dan banyak lagi.
Elemen kelas PLAYGROUP yang membentuk fokus anak
a) Kualiti 1 Jam – Kelas kami hanya dijalankan selama 1 jam. 1 jam ini juga kami sangat menjaga stimulasi yang mereka dapat dengan sangat menitikberatkan antara peraturan ; hanya pelajar yang sertai kami sahaja berada di dalam ‘learning area’ bersama ibubapa mereka, penggunaan ‘electronic devices’ seperti tablet atau smartphones perlu disimpan dan permainan seperti ‘toys’ juga dilarang. Mereka hanya fokus kepada sesi kelas sepanjang 1 jam itu.
b) Suasan kelas yang kondusif – Keadaan kelas juga sangat memainkan peranan yang penting untuk menarik fokus dan minat anak. Di Excel Qhalif kelas kami direka dengan suasana yang selesa untuk anak belajar dan dibantu oleh ‘interactive learning’ yang mudah untuk anak faham apa yang diajar.
c) Alatan bantu mengajar – Alatan montessori seperti ‘basic stepping’, ‘lacing cards’, ‘bolts and nuts’ dan banyak lagi digunakan untuk melatih kesemua deria anak untuk menajamkan kemahiran motor mereka. Melalui penggunaan alatan ini anak yang masih lemah dan tidak pandai memegang pensil contohnya akan dibentuk otot tangan mereka ke arah kekuataan otot cengkaman.1
d) Latihan fizikal - Kami juga menekankan latihan fizikal yang dipanggil ‘warming-up session’dan ‘brain gym’ untuk memberi regangan otot badan kepada anak sebelum pembelajaran bermula. Sesi ini sangat penting untuk memberi isyarat ‘body activate’ dan seterusnya menghantar isyarat aktif ke otak mereka. Melalui regangan ini otak mereka mula bersedia untuk menerima segala input yang diberi dengan fokus.
e) Bermain Yang Terancang – Sesi ini kami namakan sebagai ‘Active Play’, yang juga termasuk dalam 1 jam kelas. Kami percaya anak belajar melalui bermain. Banyak daripada ibubapa mulanya beranggapan bahawa anak mereka tidak mendapat apa-apa melalui bermain. Namun tanggapan mereka itu salah apabila mereka sendiri yang menjadi saksi dan memberi respon positif kepada kami bahawa anak mereka belajar banyak perkara terutama penggunaan bahasa inggeris yang baik berbanding jika mereka menghantar anak mereka ke taska.
Antara testimoni pelajar kami…
eq-testimoni
Jangan lupa, ibubapalah guru terbaik buat seorang anak. Bukan hanya di sekolah mereka belajar, namun dalam rutin seharian kita bersama mereka juga boleh mengajar mereka. Lebih banyak tips dan teknik akan dikongsikan di dalam kelas kami nanti.
Ibubapa yang berilmu merasakan lebih mudah mendidik anak, jadi kita juga perlu belajar dari semasa ke semasa untuk menjadi terbaik buat mereka.
Sesungguhnya mendengar dengan baik itu merupakan sebahagian daripada pembelajaran yang berkesan terhadap anak.

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat merekaIbubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.

Justeru itu, atas dasar keprihatinan dan kasih sayang terhadap anak-anak, pihak kami Excel Qhalif berbesar hati untuk menjemput para ibubapa ke Kelas PERCUMA Excel QhalifPlaygroup yang berkonsepkan islamik bagi mengeratkan lagi hubungan anda sekeluarga. Anak-anak akan berpeluang bermain dan belajar bersama-sama rakan yang lain dengan kehadiran ibubapa mereka sendiri. Rebutlah peluang ini sementara mereka masih kecil, kerana masa kecil mereka takkan berulang buat kali kedua…

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

makaroni bakar

Makaroni bakar

Semalam akak masak/rebus makaroni bagi habis satu peket dan separuhnya akak dah goreng dengan sambal cili untuk makan petang semalam . Separuh lagi makaroni tu akak simpan dan hari ni akak masak makaroni bakar pula untuk makan kami sekeluarga makan lunch hari ni.. 

Nak bagi makaroni ni melekat elok masa masak tu mesti dicampur dengan 1/2 atau 1 cawan keju cheedar atau monzarella gaul bagi sebati keju dengan sos bolognese dan makaroni kemudian dimasukkan sebiji atau 2 biji telur dan terus kacau kalau kuah nampak masih tak cukup tambah lagi sos bolognese dan masuk susu sikit demi sedikit . Kacau semua bahan dan rasa kalau tak cukup lagi boleh ditambah bahan-bahan dan bila dah puas hati baru la adunan makaroni ni dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan ditabur keju cheedar dan monzarella secukupnya . Bakar sehingga makaroni mendidih dan pemukaan atas menjadi golden brown macam gambar diatas ni..

BAHAN-BAHAN :

300gm makaroni
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tin sos bolognese - Prego-boleh ditambah
1 cawan susu full cream milk- dalam kotak
1/2 cawan keju cheddar
1 peket ayam cincang
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
Keju chedder dan monzarella-utk ditabur atas macaroni

*Akak campurkan 1 cawan susu ke dalam sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak . Boleh juga ditambah 1/2 cawan cream untuk bagi makaroni ni cukup berlemak terpulang pada citarasa masing-masing.

CARA MEMBUAT :

1 )Rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain kemudian masukkan 1/2 keju cheddar dan kacau bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 40 minit atau sehingga masak.

Jom makan makaroni bakar...

resepi kek tiramisu

Resepi Kek Tiramisu

on MONDAY, FEBRUARY 18, 2013
Anda pernah makan kek Tiramisu? Kek ini agak mudah disediakan kerana tak perlu dibakar di dalam oven dan bahan-bahan untuk membuat kek ini juga agak mudah. Di dalam entri ini, saya kongsikan resepi kek Tiramisu untuk anda cuba.

 Beginilah rupa kak Tiramisu yang sudah dipotong

Bahan-bahan :
1 biji sponge kek / biskut
250ml whipping cream  
200ml cream cheese  
1/2 cawan gula halus  
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)  
1 sudu makan serbuk nescafe  
serbuk koko (hiasan)

Cara-cara :
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.
2. Satukan gula, cheese dan cream.
3. Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.
4. Potong kek pada 2 bahagian.
5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek.
6. Sapukan adunan cream dan cheese di atas kek.
7. Susun lagi bahagian yang selebihnya. Kemudian sapukan nescafe dan baki cream cheese.
8. 
Hiaskan dengan serbuk koko.
9. 
Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber http://www.ciklaili.com/2013/02/resepi-kek-tiramisu.html#ixzz2kaAl6n8b
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

selamat datang ke blog saya

Alhamdulillah..akhirnya berjaya buat blog sendiri...