Bermain adalah dunia buat seorang kanak-kanak. Mereka boleh bermain siang dan malam tanpa kenal erti penat. Namun, tahukah kita bahawa melalui bermain anak-anak sebenarnya sedang ‘belajar’ ?
Di rumah kita selalunya membeli mainan dan biarkan mereka bermain sendiri. Rakan sosial mereka hanya kita dan adik-beradik yang lain. Tidak salahnya disitu. Tetapi…“Life begins at the end of your comfort zone”.
Rumah merupakan tempat yang paling selesa buat sebuah keluarga terutama seorang anak. Jika di rumah semua perkara mereka lakukan, langsung tidak malu dan segan. Tetapi, adakah mereka bertingkahlaku yang sama jika di luar rumah? Kanak-kanak perlu diberi ruang dan peluang untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak. Sesetengah ibubapa pula sangat teruja untuk menjadikan anak mereka seorang yang genius. Tidak cukup dengan menghantar ke tadika, kemudian memberi pelbagai CD/DVD pembelajaran pula untuk mereka. Tidaklah ianya salah, tetapi ia terlalu cenderung kepada perkembangan IQ. Pada usia ini, perkembangan EQ mereka juga perlu dititik beratkan. Seimbang. Fikirkan sejenak,
- Bagaimana interaksi sosial mereka? Adakah ramah? Pemalu atau Bertolak ansur?
- Bagaimana pula dengan perkembangan otot mereka? Adakah sihat?
- Melatih kemahiran berbahasa dan komunikasi anak melalui interaksi sosial bersama rakan mereka.
- Latihan otot dan fizikal secara tak langsung banyak digunakan sewaktu bermain yang membantu kepada pertumbuhan sihat mereka.
- Emosi-Bermain mampu mengurangkan tekanan mereka. Anak kecil juga mempunyai tekanan mereka sendiri yang ibubapa juga sukar ketahui. Jadi, melalui bermain tekanan mereka secara semulajadi akan berkurangan. Anak ceria kita juga bahagia.
- Potensi dan keyakinan diri mereka lebih mudah dirangsang. Anak yang selalu diberi ruang untuk tonjolkan kebolehan diri mereka akan membesar menjadi anak yang berani dan bersemangat.
Bagi anak-anak yang antara 20 bulan ke 4 tahun pula, kelas seperti playgroup mampu menjadi medium pembelajaran alternatif anak anda. Disini, emosi, otot, deria, IQ dan EQ mereka dirangsang melalui kaedah games, active play, muzik dan sebagainya. Sememangnya inilah yang diperlukan oleh kanak-kanak pada usia begini.
Bermula daripada alatan permainan yang dikhaskan buat mereka dan cara penggunaan yang tertumpu sehinggalah rangsangan intelektual dan emosi anak.
Pastinya kita bukan sahaja mahukan anak yang pandai malah juga bijak dan sihat dari segi emosi dan fizikal.

No comments:
Post a Comment